Sepuluh orang anggota bomba yang sedang bertugas memadamkan kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa cedera apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, ada empat tangki minyak silinder di tempat kejadian dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan manakala salah satu daripadanya meletup. Kebakaran pada pukul 8 pagi itu mengakibatkan anggota bomba berkenaan melecur pada muka, tangan, leher dan badan.
Difahamkan, 7 daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan. Lima daripada anggota bomba tersebut melecur dengan agak serius.
Pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah Pegawai Kanan Bomba I (PBK I), Abdullah Din Mohamed; PBK II, Nazah Nafi; Pegawai Bomba (PB), Wan Asri Wan Yaacob, PB Zulkifli Mahmad dan PB Abdul Razak Abdullah.
Sementara itu, lima lagi yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Unit Pesakit Luar ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusoff, PB Mohd. Zakee Daud, PB Rohanizam Othman, PB Mohd. Fathir Mohd. Jusoh dan PB Mohd. Shaiful Fitri.
Semoga perwira-perwira tanahair segera sembuh daripada kecederaan masinh-masing dan dapat kembali bertugas.
©Eriyza : Suka tengok drama bercorak kebombaan berjudul Burning Flame.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.