Biasanya pencuri akan terus lari setelah selesai 'bekerja'. Namun, lain pula halnya bagi seorang pencuri apabila tidur lena di atas sofa empuk sehingga disedari oleh tuan rumah. Lebih aneh, pencuri berusia 35 tahun itu turut membawa sendiri bekalan nasi berlaukkan daging goreng dan petai dalam pinggan.
Si pencuri akhirnya berjaya dicekup oleh anak tuan rumah, Faisal Zainal Nordin, 30, selepas dimaklumkan oleh ibunya, Kamsiah Wan Othman, 59, bahawa ada 'tetamu' tidur lena di atas sofa di hadapan televisyen di banglo 3 tingkat mereka.
Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk mengambil wuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari terdapat tiga beg dan satu bungkusan di laluan keluar dari bilik tidur tetapi menyangka ia milik adik-beradiknya yang lain.
“Apabila selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, mak terkejut melihat seorang lelaki nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua rumah, sebelum mak bertanya kepada saya sama ada membawa kawan tidur di rumah atau tidak ketika saya sampai di rumah mak kira-kira jam 8 pagi.
“Terkejut dengan pertanyaan mak saya segera pergi melihat lelaki itu lantas mengejutkannya daripada tidur dan ketika itu berlaku pergelutan kerana dia cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Pada masa sama, adik saya, Saifullah, 21, menghubungi polis,” katanya sambil mengakui banglo itu dihuni ibu bapanya, dua adiknya dan seorang anak saudara.
Katanya, bapanya, seorang merupakan pengusaha kilang papan yang terlebih dahulu bangun daripada tidur untuk ke masjid juga tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan di rumah mereka.
Faisal Zainal berkata, apabila diperiksa tiga beg dan bungkusan yang terletak di laluan berdekatan bilik tidur ibunya tidak jauh dari lelaki itu tidur, ia mengandungi sebanyak 10 utas jam tangan pelbagai jenama, seunit telefon bimbit, dua bentuk cincin suasa dan seunit ‘walkman’ yang merupakan barangan dicuri dari rumah mereka.
“Selain itu banyak lagi barang lain yang dicuri termasuk berus gigi. Dalam satu bungkusan pula ditemui banyak pakaian milik keluarga saya. Setelah itu kami memeriksa keadaan rumah dan mendapati empat bilik tidur yang tidak dikunci berselerak kerana bilik tidur yang berpenghuni dikunci ketika tidur.
“Di belakang sofa tempat suspek tidur pula, kami temui sisa nasi berlaukkan daging goreng dan petai dalam pinggan dan di sebelahnya terdapat biskut raya yang pada asalnya kami letakkan di dapur. Mungkin dia makan biskut selepas makan nasi lalu tertidur,” katanya yang percaya suspek memecah masuk rumahnya melalui tingkap sekitar jam 3 pagi.
Petikan Sinar Harian
Kejadian pada pukul 8.15 pagi ini berlaku di Jalan Datuk, Kemaman, Terengganu. Ini adalah kali kedua kediaman tersebut dipecah masuk.
©Eriyza : Banglo ini tidak jauh dari teratak penulis.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.