Nov 7, 2012

Budak Putus Jari Manis


Seorang budak lelaki, Wan Annaz Wan Azhar, 5, kudung jari manis kiri akibat dihempap replika cendawan ketika bercuti di pantai bersama keluarganya pada 29 Oktober 2012. Menurut bapanya, Wan Azhar Wan Ahamad, 31, jari anaknya terputus dan remuk selepas tertusuk serpihan simen replika cendawan itu.


Nahas itu berlaku pada pukul 5 petang sewaktu mereka sekeluarga berkelah di bawah replika cendawan.


“Ketika itu kami sedang berkelah dan anak berdiri di belakang saya. Tiba-tiba replika cendawan yang berdekatan anak, runtuh menimpanya.

“Saya panik dan mengalihkan semua runtuhan yang menutupi seluruh badannya. Kemudian saya segera membawanya ke Klinik Kesihatan Bachok.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, baru kami mengetahui jarinya putus dan saya bergegas ke tempat runtuhan untuk mencari serpihan jari tersebut, dengan harapan dapat dicantumkan semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Petikan Sinar Harian


Wan Annaz dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut. Namun, serpihan jarinya yang tertanggal tidak dapat dicantumkan semula ekoran keadaannya yang teruk. Budak lelaki ini dibenarkan pulang ke rumah setelah dirawat selama 4 hari.

©Eriyza : Kontraktor harus mengambil kira faktor keselamatan pengguna semasa melakukan kerja, bukannya memikirkan keuntungan semata-mata.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.