Nov 7, 2012

Suspek Koma Dilanyak Polis


Ekoran gagal menahan amarah, 2 pegawai polis berpangkat inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, membelasah seorang suspek sehingga berada di dalam keadaan koma. Inspektor terbabit 'membalas dendam' kerana suspek berkenaan mencopet dompet selain turut memukul mereka ketika kedua-duanya meleraikan pergaduhan di luar pusat hiburan.


Tahanan tersebut didapati koma akibat mengalami pendarahan dalam otak dan terpaksa menjalani pembedahan. Manakala 2 inspektor itu telah ditahan reman selama 3 hari untuk siasatan lanjut.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Petikan Harian Metro


Polis harus tahu membezakan hal peribadi dan kerja ketika menjalankan tugas. Tidak boleh bertindak melulu walaupun suspek dikehendaki berada di depan mata.

©Eriyza : Suka dengar polis berasal dari Perak bercakap.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.