Dua orang meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 80 lagi yang lain cedera dalam kemalangan di lebuh raya yang melibatkan 140 buah kenderaan. Nahas itu berlaku pada pukul 8 pagi di Interstate 10 berhampiran Beaumont, Texas kira-kira 80 kilometer timur Houston ketika lebuh raya tersebut diselubungi kabus tebal.
Pasangan yang mati telah dikenal pasti sebagai Debra Leggio, 60, dan suaminya, Vincent, 64. Kenderaan Chevy Suburban SUV yang dinaiki mereka telah dirempuh oleh treler traktor.
Insiden itu menyebabkan ada antara kenderaan terbabit saling bertindih antara satu sama lain. Para penyelamat berusaha mengeluarkan semua mangsa dengan bantuan mangsa lain yang tidak cedera. Sekurang-kurangnya 51 orang telah dibawa ke hospital tempatan, termasuk lapan yang berada dalam keadaan kritikal.
Selain kabus tebal, punca sebenar kemalangan dashyat itu berlaku belum lagi diketahui.
©Eriyza : Nampak penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbaring atas jalan raya ketika keluar ke bandar tengahari tadi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.