Nov 10, 2012

Kembar Siam Jalani Pembedahan Tujuh Jam


Sepasang kembar siam berjaya dipisahkan oleh sekumpulan doktor yang diketuai oleh pakar bedah Holly Hedrick dari Hospital Kanak-kanak Philadelphia. Allison dan Amelia Tucker, dari Adams, New York, yang baru berusia 8 bulan telah dilahirkan bercantum di dada dan perut.



Menurut Holly Hedrick, pembedahan selama 7 jam itu berjalan lancar seperti yang dijangkakan. Si comel berkenaan berkongsi dinding dada, diafragma, perikardium dan hati. Pasangan kembar itu akan dipantau secara rapi ketika tempoh pemulihan untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.


Khabar gembira tersebut pasti melegakan hati Greg Tucker dan isterinya Shellie Tucker yang mahukan anak mereka hidup sempurna, sihat dan bebas seperti insan lain. Selain Allison dan Amelia, pasangan ini turut mempunyai anak lelaki bernama Owen.


Tahniah kepada para doktor yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pemisahan pasangan kembar siam ini.

©Eriyza : Suka tengok anak kembar seiras.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.