Seorang ibu muda dari Kenya memberikan nama Barack Obama dan Mitt Romney kepada sepasang anak kembarnya. Anak kembar itu dilahirkan pada Rabu yakni hari yang sama Barack Obama dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat. Milicent Owuor, 20, melahirkan anak kembar lelaki di Hospital Daerah Siaya, di barat daya Kenya.
Menurut Milicent, dia menamakan anaknya sempena nama Presiden Amerika Syarikat dan pencaabarnya untuk mengingatkannya kepada pilihanraya Amerika Syarikat 2012. Secara kebetulan, hospital itu juga berdekatan dengan Kampung Kogelo, tempat kelahiran bapa Barack Obama. Malah nenek tiri Obama, Sarah Obama yang berusia 90 tahun masih lagi tinggal di sana.
Siapa sangka seteru di dunia politik bertukar menjadi adik-beradik di Kenya?? Semoga Barack Obama dan Mitt Romney membesar sebagai anak yang baik.
©Eriyza : Ada sepupu nama sama seperti Perdana Menteri Malaysia.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.