Nov 27, 2012

Lelaki Berani Hilang Kaki


Seorang pemuda hancur kedua-dua belah kaki setelah dia menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat ke atas rel keretapi di Stesen Keretapi Changli, China. Kejadian pada 9 Julai 2012 lalu menyebabkan Li Boya, 20, pantas meluru ke arah lelaki pertengahan umur terbabit untuk menyelamatkannya tetapi dia dan mangsa telah dilanggar oleh keretapi yang laju.


Pemuda berhati mulia ini kehilangan sebelah kaki manakala sebelah kaki lagi cuba diselamatkan oleh doktor. Dia menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital No.2 Bandar Qinhuangdao.


Li Boya berasal dari bandar Pingdingshan, wilayah Henan, China memberitahu ibunya bahawa dia tidak menyesal menyelamatkan lelaki tersebut, malah akan tetap berbuat demikian jika kes sedemikian berulang.

©Eriyza : Susah mahu cari orang yang mempunyai hati sebaik Li Boya.

Via : ChinaSmack



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.