Sepasang pengantin dan ahli keluarganya terpaksa menanggung malu apabila juadah yang mahu dihidangkan kepada tetamu telah basi dan berbau busuk. Lebih malang lagi, nasinya juga tidak dapat dimakan kerana mentah.
Tragedi itu memalitkan sejarah buruk buat pengantin Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, di hari bahagia mereka apabila kira-kira 1000 jemputan yang diundang terpaksa pulang dalam keadaan lapar.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Petikan Kosmo!
Pihak berkenaan perlu bertanggungjawab dengan aib yang ditanggung oleh keluarga pengantin. Sewajarnya mereka membayar gantirugi selain memohon maaf.
©Eriyza : Lebih suka rewang berbanding katering.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.