Nov 28, 2012

Pengantin Berkhatan


Seorang lelaki menarik perhatian umum apabila menjadi peserta paling dewasa menyertai Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong, Baling. Menariknya, dia menjadi peserta tungggal yang sudah mendirikan rumahtangga.

Jabbar Kamaruddin, 18, merupakan masyarakat Orang Asli Kensiu baru melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu dengan Mahzun Husniah, 16, yang berasal dari Desa Permai Tasik Banding, Perak.


Dia yang hanya bekerja kampung itu merupakan peserta tunggal yang sudah berkahwin berbanding peserta lain yang berumur antara lapan sehingga 10 tahun.

Katanya, keputusannya untuk berkhatan adalah dari dirinya sendiri bukannya dipaksa oleh keluarga mahupun orang lain.

“Hati saya terdetik untuk berkhatan sama seperti rakan sebaya. Semua mereka berkhatan. Jadi, mengapa saya tidak tidak. Lagipun, berkhatan ini juga bertujuan untuk membersihkan diri,” katanya.

Menurutnya, dia tidak malu diraikan termasuk dimandikan bersama kanak-kanak lain sempena majlis khatan itu.

“Menjadi perkara biasa setiap peserta khatan dimandikan bersama. Tiada apa yang dimalukan. Lagipun, saya gembira kerana diraikan termasuk diarak dengan paluan kompang.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat merasai nikmat majlis berkhatan walaupun jauh lebih berumur dari peserta lain,” katanya.

Katanya, rakan-rakan termasuk ahli keluarganya turut memberikan sokongan kepadanya agar berkhatan pada tahun ini.

“Niat saya untuk berkhatan disambut baik oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak mengejek tetapi menyokong.

“Selain itu, saya banyak membaca mengenai kebaikan berkhatan ini. Yang penting ia merupakan kewajipan kepada setiap lelaki yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Petikan Sinar Harian


Tahniah kepada Jabbar kerana berkhatan demi menunaikan tuntutan Islam.

©Eriyza : Ada anak sepupu berkhatan tahun ini.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.