Nov 17, 2012

Proton Persona Rempuh Proton Waja


A Mohindaran, 52, nyaris maut apabila Proton Waja yang dipandunya dirempuh dengan kuat dari arah belakang oleh Proton Persona. Nahas itu berlaku berhampiran Tol Setul ketika mangsa mahu membayar tol.

Proton Persona yang dinaiki oleh 6 orang sekeluarga dipercayai hilang kawalan. Akibat kemalangan kecil tersebut, seorang penumpang dewasa dalam Proton Persona patah tangan kiri manakala selebihnya cedera ringan.


“Kejadian itu berlaku terlalu pantas kerana tiba-tiba saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta saya meluncur laju ke hadapan,” demikian kata A Mohindaran, 52, yang nyaris maut selepas kereta Proton Waja dipandunya dirempuh dekat Tol Setul menghala ke Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, Mohindaran yang memandu bersendirian berhadapan detik mencemaskan apabila keretanya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Persona dipercayai dinaiki oleh enam sekeluarga.

Menceritakan detik itu, Mohindaran berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Pilah dari Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja sampai di tol, saya menyerahkan kad kepada jurutol. Tapi belum sempat keluarkan duit, saya rasa kereta saya seperti ‘dihempap’ dari arah belakang.

“Ia menyebabkan kereta saya meluncur laju ke hadapan lalu melanggar palang sebelum terbabas ke tepi bahagian tol,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan belakang keretanya rosak teruk, namun dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Waja terbabit dirempuh Proton Persona dari arah belakang yang tiba-tiba hilang kawalan.

“Proton Persona terbabit dinaiki enam orang, termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diberi rawatan.

©Eriyza : Pastikan jarak antara kereta dalam keadaan selamat walau di mana sekali pun berada.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.