Dec 12, 2012

121212


Kiam Moriya

Tarikh 12/12/12 tidak mempunyai makna istimewa buat penulis. Akan tetapi, ianya menjadi tarikh pilihan bagi sesetengah individu untuk mengabadikan momen indah dalam kehidupan terutamanya pertunangan atau perkahwinan. Tarikh itu akan lebih bersejarah jika ianya sudah ditakdirkan untuk anda, misalnya tarikh lahir.


Corey Smith

Justeru, penulis bawa anda untuk mengenali 2 orang budak lelaki yang sememangnya menantikan tanggal 12 Disember 2012 muncul. Kiam Moriya dan Corey Smith masing-masing bakal berusia 12 tahun pada 12/12/12.

Uniknya lagi, Kiam Moriya akan berusia 12 tahun pada pukul 12.12 tengahari pada 12/12/12. Corey Smith pula akan berusia 12 tahun pada pukul 12 tengahari pada 12/12/12.

Kiam gemar bermain basikal BMX, taekwando dan apa saja yang beroda atau berbilah hanya mahukan donut Krispy Kreme berbentuk 12 selain kek untuk meraikan hari lahirnya. Corey pula yang aktif bermain bola sepak mengharapkan agar dia dapat menjaringkan 12 gol untuk musim ini.

©Eriyza : Suka tengok perwatakan Kiam Moriya.

Via : Alabama | The Sun



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.