Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam pada 11/12/2012. Berita berkenan disahkan oleh adik allahyarham, Engku Taib. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi hari ini (12/12/12) di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.
Penulis selalu tercongok depan tv untuk menyaksikan arwah mengumumkan tarikh permulaan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kehilangannya begitu dirasai. Takziah kepada keluarga allayarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah!
©Eriyza : Wajah allahyarham ada iras dengan arwah aki (atuk) penulis.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.