Dec 4, 2012

Ahli Silap Mata Terbakar Di Kepala


Ahli silap mata Amerika Syarikat, Wayne Houchin mengalami detik mencemaskan apabila sebahagian kepalanya terbakar selepas seorang hos televisyen menyembur sejenis minyak wangi ke arahnya. Insiden itu berlaku pada 26 November 2012 di Republik Dominica.


Houcgin tampil membuat persembahan dalam rancangan Closer To The Star di Republik Dominica itu. Tiba-tiba, hos jemputan, Franklin Barazarte menyembur kepalanya dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria.


Kebakaran tercetus dan ahli silap mata berasal dari Chico, California, itu melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan. Namun, tindakan pantas Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain yang berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat telah menyelamatkannya nyawanya.

Sejurus tragedi itu berlaku, Houcgin dikejarkan ke hospital. Doktor menjelaskan bahawa kesan terbakar itu tidak akan meninggalkan parut dan pesakit berada dalam keadaan stabil.

©Eriyza : Bukan penggemar minyak wangi.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.