Siapa sangka pergaduhan dua beradik lelaki membawa kepada tragedi menyayat hati apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam kelmarin di ruang tamu kediaman kelamin warga tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pergaduhan tercetus ekoran suspek yang berusia 16 tahun yang sedang bermain komputer riba mengusik adik perempuannya yang berusia empat tahun yang ketika itu baru masuk ke rumah selepas bermain.
Abang yang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen telah bangun lalu memarahi suspek sebelum menendang adiknya itu di badan. Berang dengan tindakan Muhammad Asyraf, 17, suspek bertindak menumbuk bahagian kepala abangnya itu berkali-kali hingga mangsa rebah ke lantai lalu pengsan.
Mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada seorang anggota tentera itu baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin lalu dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Tun Uda, Jalan Tengah di sini.
Suspek anak kedua yang berusia 16 tahun pula dikatakan hanya bersekolah hingga tingkatan tiga dan kini bekerja sambilan membantu seorang rakan berniaga di sebuah gerai burger di Sungai Ara.
Petikan Kosmo!
Asyraf telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh jirannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam.
©Eriyza : Bergurau jangan melampau.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.