Dec 25, 2012

Akhbar Rasmi Untuk Pasangan Bercerai


Penceraian sering berlaku di kalangan masyarakat. Jika hal itu berlaku, tentu ramai saudara-mara atau handai taulan yang ingin mengetahui punca kegagalan rumahtangga itu berlaku. Ramai orang suka berahsia daripada bercerita tentang 'mahligai yang roboh'. Justeru, seorang pakar penceraian dari Jepun, Hiroki Terai, menerbitkan sebuah akhbar khusus untuk pasangan bercerai. Akhbar tersebut dinamakan Divorce Newspapers.


Surat khabar ini dijual pada harga ¥11,220 ($140) untuk satu halaman dan ¥15,490 ($200) untuk dua lembar halaman. Pembeli yang sudah bercerai akan mendapat harga diskaun sekitar 50% asalkan mereka bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada iklan akhbar berkenaan.

Halaman akhbar berkenaan didatangkan dalam 3 format iaitu sports page, English headline atau South American. Pasangan yang terlibat akan diwawancara secara eksklusif. Mereka harus menceritakan saat berkahwin dan seterusnya sebab-musabab penceraian berlaku.

Kaedah ini dilihat mampu menjawab segala kemusykilan orang lain tentang penceraian pasangan tertentu. Mereka hanya perlu membaca Divorce Newspaper untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengakhiran sesebuah perkahwinan.

©Eriyza : Tidak suka tengok pasangan bercerai.

Via : Oddity Central



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.