Dec 25, 2012

Presiden Paling Miskin Di Dunia


Mungkin namanya tidak segah Barack Obama tetapi beliau mempunyai gelaran tersendiri iaitu el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) kerana menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat. Beliau yang penulis maksudkan ialah Presiden Uruguay, Jose Mujica, yang berusia 77 tahun.


Mujica menerima gaji sebanyak AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri. Selebihnya disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan.

Selain Mujica, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara. Presiden termiskin ini juga hidup secara sederhana di rumah ladang di Montevideo.

Hartanya hanyalah sebuah kereta Volkswagen Beetle. Manakala teman rapatnya adalah seekor anjing bernama Manuela. Mujica yang terkenal dengan sikap dermawannya tidak memiliki akaun bank mahu pun hutang.

©Eriyza : Berharap Perdana Menteri Malaysia turut bersikap pemurah.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.