Dec 7, 2012

Banduan Tersangkut Dek Perut Gendut


Anggota bomba di Ceres, Brazil terpaksa dipanggil ke penjara pada pukul 2 pagi bukan untuk memadamkan kebakaran tetapi untuk membantu banduan yang tersekat di dinding ketika cuba melarikan diri. Rafael Valadao dan 2 lagi rakannya menebuk dinding sel untuk meloloskan diri.


Malangnya, Rafael yang keluar terlebih dahulu gagal melepaskan diri apabila perut buncitnya tersangkut di dinding. Dua lagi rakannya hanya berputih mata menunggu giliran untuk 'bebas'. Walaupun mereka cuba menolak Rafael keluar tetapi usaha mereka sia-sia.

Pegawai-pegawai penjara hanya ketawa melihat 'wayang' yang 'dilakonkan' Rafael kerana dia menjerit akibat kesakitan. Rafael yang disyaki patah tulang telah dikejarkan ke hospital dengan pengawasan polis.

©Eriyza : Ukur saiz perut sebelum lari melalui lubang.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.