Dec 8, 2012

Manusia Berkawan Dengan Haiwan


Lazimnya, manusia takut dengan haiwan liar. Akan tetapi, Abdullah Sholeh, 31, menjadikan seekor harimau Benggala sebagai rakan akrabnya. Harimau berkenaan diberi nama Mulan dan dijaga oleh Abdullah sejak berusia 3 bulan.


Kini Mulan sudah berusia 4 tahun dan beratnya mencapai 170kg. Sebenarnya, Abdullah hanyalah pengasuh Mulan kerana dia digaji oleh Noer Mohammaed Sholeh untuk menjaga harimau betina peliharaannya itu.


Hubungan Abdullah dan Mulan yang tinggal di Malang, Indonesia sungguh rapat. Mereka banyak menghabiskan masa bersama samada bermain atau melelapkan mata. Tidak pernah timbul gerun di hati Abdullah walaupun tubuhnya kerap cedera ketika 'bergurau' dengan Mulan.

©Eriyza : Harap Harimau Malaya menewaskan Gajah Putih malam ini.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.