Dec 9, 2012

Gadis Dicekup Polis


Seorang gadis telah dicekup polis setelah dia memuatnaik sebuah video berjudul 'Chick Bank Robber' di Youtube. Hannah Sabata, 19, merekodkan video berdurasi selama hampir 8 minit. Di dalam video tersebut, dia memegang kad-kad tulisan tangan yang menerangkan tentang aktiviti jenayahnya.


Hannah dari Stromsburg, Nebraska, Amerika Syarikat, memberitahu penonton yang dia telah mencuri sebuah kereta Pontiac Grand Am lalu membuang plat nombornya. Dia juga turut menayangkan wang berjumlah $6,000 yang dirompak dari sebuah bank di Waco. Dengan bangganya, dia mengipas dirinya dengan wang rompakan tersebut.


Di bahagian bawah videonya yang sudah ditonton sebanyak 1,033,699 kali ketika topik ini dipos, Hannah menulis bahawa dia merancang untuk membayar pinjaman pelajarannya dan pergi membeli-belah dengan wang 'kepunyaannya' itu.


Video yang dimuatnaik oleh Hannah memudahkan kerja polis untuk memakaikan 'gelang besi' di tangannya. Ternyata 'kecerdikannya' mengundang padah pada diri sendiri.

©Eriyza : Tersenyum sendirian mengenangkan tindakan 'cerdik' Hannah.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.