Dec 1, 2012

Wanita Beraksi Sebagai Model Lelaki


Gambar di atas menunjukkan wajah seorang model lelaki yang popular. Jika dilihat dari wajahnya, dia kelihatan seorang lelaki yang cukup hebat. Namun, di sebalik kesempurnaannya, model ini sebenarnya adalah seorang wanita. Ya, Casey Legler, 35, adalah wanita yang bekerja sebagai model lelaki secara professional.


Wanita kelahiran Perancis ini memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci, bentuk badan tegap dan wajah persis lelaki membuatkan dia terpilih sebagai model eksklusif pakaian lelaki untuk Ford, sebuah agensi model yang terkenal.


Mengulas kembali detik permulaannya sebagai model 'lelaki', Casey menjelaskan bahawa dia membantu seorang rakannya yang juga jurugambar untuk mengambil gambar dengan mengenakan sut pakaian lelaki.Setelah rakannya menunjukkan gambar-gambarnya pada Ford, syarikat itu bersetuju untuk mengambil Casey sebagai model mereka.

©Eriyza : Kenal seseorang yang sungguh 'kacak' apabila berpakaian seumpama lelaki.

Via : OddityCentral

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.