Dec 2, 2012

Teman Lelaki Beri Ipad Buatan Sendiri


Seorang lelaki tidak mampu membelikan Ipad untuk kekasihnya. Justeru, untuk membuktikan betapa seriusnya dia dengan hubungan mereka, dia telah mencipta sebuah tablet buatan sendiri yang dibuat daripada komponen terbuang laptop. Uniknya, Wei Xinlong hanya mengambil masa 10 hari untuk menyiapkan iPad buat Sun Shasha.


Wei Xinlong dan Sun Shasha akan menjadi kekasih jarak jauh apabila menyambung pelajaran di tempat berlainan. Bagi memastikan mereka dapat sentiasa berhubung, pelajar Universiti China Northeas Normal, di Changchun, Jilin, ini memastikan iPadnya dilengkapi sesi sembang video harian.

Walaupun tidak berfungi sama seperti iPad sebenar, tetapi iPad buatan ini mempunyai skrin sentuh, kamera, mikrofon, empat slot USB, LAN soket dan dikuasakan oleh bateri litium. Ia juga boleh digunakan untuk membaca e-buku, menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video. Kos pembuatannya hanya berharga 800 yuan ($ 126).

©Eriyza : Mahu iPad juga.

Via : Oddity Central



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.