Feb 21, 2013

Rempuh Kereta Keluarga Angkara Sengketa


Hanya kerana berlaku salah faham antara dua beradik ketika jamuan Tahun Baru Cina,, salah seorang daripada mereka bertindak ganas apabila merempuh kereta ahli keluarganya sendiri untuk melampiaskan amarah. Kejadian itu berlaku di Taman Angsana, Kulim. Kedua-dua beradik berusia lingkungan 20an.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu, perselisihan yang bermula di dalam rumah itu dipercayai berlanjutan sehingga ke luar rumah.


"Akibatnya, salah seorang ahli keluarga suspek bertindak mengambil sebatang rotan dan memukul suspek untuk meleraikan perselisihan itu.

"Bimbang akan dibelasah dengan lebih teruk, suspek melarikan diri masuk ke dalam kereta," katanya.

Tambahnya, keadaan yang tegang itu membuatkan suspek mengambil tindakan merempuh kereta milik ahli keluarganya sehingga remuk.

"Kereta jenis Proton Saga milik keluarga suspek mengalami kerosakan di bahagian sisi kiri dan kanannya.

"Penduduk yang terkejut dengan keadaan itu segera memaklumkannya kepada polis,” katanya.

Kemudian, dua unit MPV datang bagi menyelesaikan perselisihan faham kedua-dua adik beradik itu.

Petikan Sinar Harian


Atas permintaan ahli keluarga yang mahu perselisihan itu diselesaikan dengan aman, mereka meminta agar pihak polis tidak menahan suspek yang merosakkan kenderaan.

©Eriyza : Cepat saling bermaafan kalau ada salah faham antara saudara kandung.

Via : Sinar Harian


2 Comment

FiDzCuN Mon Jul 15, 03:41:00 AM

salaam family yg bertelingkah ni melayu ke??

Eriyza Fri Jul 19, 05:39:00 PM

@FiDzCuN:
Wsalam.
Mungkin cina.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.