Feb 21, 2013

Sakit Perut Lepas Rehat


Sekurang-kurangnya 75 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Meru, Klang mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas mereka rehat pagi semalam. Pelajar yang terlibat di dalam kejadian itu adalah dari tahun empat hingga enam.

Rentetan itu, pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan daripada klinik kesihatan berhampiran untuk merawat semua pelajar yang terlibat. Sehari sebelum itu, ada juga murid yang mengalami masalah yang sama.


Pasukan perubatan yang melakukan rawatan membawa dua murid perempuan ke Klinik Kesihatan Meru untuk diberikan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Bapa murid, Zamri Saadan, 36, ketika ditemui berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya, Nur Nadiah Farhana, 12, selepas pulang ke rumah jam 2 petang, semalam.

Menurutnya, Nur Nadiah juga pulang dalam keadaan kurang bermaya kerana dia dimaklumkan mengalami sakit perut selepas memakan nasi goreng pada waktu rehat. “Ini kejadian pertama sejak anak saya belajar di sekolah berkenaan. Mujur keadaannya tidak serius dan dia boleh meneruskan persekolahan pada sesi petang seperti biasa,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor Mahmud Karim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Mahmud, kakitangan Pejabat Kesihatan Klang turut hadir ke sekolah berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut kejadian itu.

“Selepas saringan kesihatan dijalankan, dua murid dihantar ke Klinik Kesihatan Meru untuk mendapatkan rawatan susulan namun semua mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, kantin sekolah berkenaan juga diarahkan untuk ditutup sementara sehingga 5 Mac ini bagi membolehkan siasatan mengenai tahap kebersihan dijalankan.

Petikan Harian Metro

©Eriyza : Suka makanan di kantin SK Ibok.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.