Bintang Malam menyuruh penulis mendengar lagu ini petang tadi melalui kiriman video di WhatsApp. Ini kali pertama penulis mendengar lagu yang diberi judul Rapuh dendangan penyanyi dakwah dari Indonesia, Opick.
Showing posts with label Lyrics. Show all posts
Showing posts with label Lyrics. Show all posts
Mar 25, 2013
Opick - Rapuh
Bintang Malam menyuruh penulis mendengar lagu ini petang tadi melalui kiriman video di WhatsApp. Ini kali pertama penulis mendengar lagu yang diberi judul Rapuh dendangan penyanyi dakwah dari Indonesia, Opick.
Date :
Monday, March 25, 2013
0
Comment
Jul 28, 2012
Tema Hari Kemerdekaan 55 Malaysia

LOGO TEMA MERDEKA 2012
Hari Kemerdekaan Malaysia hanya akan disambut lebih kurang sebulan dari sekarang. Namun, logo rasmi bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-55 telah pun dipaparkan kepada umum. Logo Merdeka kali ini terlalu ringkas dan kurang kreatif. Penulis sendiri merasakan ianya tidak sesuai untuk diangkat sebagai logo Merdeka tahun 2012.
Date :
Saturday, July 28, 2012
0
Comment
May 13, 2012
Maher Zain - Number One For Me
Hari ini seluruh dunia meraikan Hari Ibu tetapi ada pendapat mengatakan bahawa ianya HARAM disambut. Sungguhpun ibu penulis telah jauh, namun kasihnya tetap abadi di hati. Sayang ummi selamanya... infiniti...
Date :
Sunday, May 13, 2012
0
Comment
Apr 18, 2012
Ahn Jae Wook - Forever
Ahn Jae Wook, penyanyi berbakat besar dari Korea membawakan lagu yang diberi judul Forever dengan begitu baik sekali. Sekali dengar sahaja, penulis sudah terpaut.
Mar 24, 2012
Anis - Bulan Ditutup Awan
VIDEO BULAN DITUTUP AWAN OLEH ANIS
Mari kita kembali ke zaman muda emak bapak kita dahulu. Lagu Bulan Ditutup Awan ini asalnya dinyanyikan oleh Rokiah Wanda tetapi diberi nafas baru oleh Yuna. Namun, hari ini bukan lagu dari Yuna yang ingin penulis perdengarkan malah penyanyi ini bukan artis namun penulis suka kelunakan suaranya mengalunkan lagu ini bersama gitarnya. Ayuh, dengarkan Bulan Ditutup Awan versi Anis. Suara menarik, orangnya cantik!
Mar 20, 2012
The Google Song
Dari orang dewasa sehingga budak sekolah rendah, ramai yang kenal Google. Penulis dan anda mendapatkan khidmat 'nasihat' Google untuk mencari sesuatu info dan terbitlah pepatah moden... 'please Google before you ask'. Akan tetapi, pernahkah anda mendengar lagu tentang Google??
Date :
Tuesday, March 20, 2012
0
Comment
Mar 12, 2012
Yuna - Terukir Di Bintang

Penulis bukanlah peminat Yuna tetapi ada juga lagu gadis ini yang melekat di telinga. Penulis tidak tahu lagu yang penulis suka ini lagu baru atau sudah lama terbit di pasaran ekoran kurang mengambil cakna perkembangan artis ini. Antara lagu Yuna yang penulis suka ialah Terukir Di Bintang. Mood lagu ini membuatkan penulis rasa bagaikan bercinta di zaman dahulu.
Date :
Monday, March 12, 2012
0
Comment
Feb 20, 2012
Jimmy Palikat - Anak Kampung

Gara² minggu muzikal Raja Lawak 6, lagu yang dinyanyikan dek Kumpulan Zero berjaya mencuri tumpuan penulis, lalu tanpa sebarang maklumat penulis memulakan pencarian lagu ini. Bayangkan mencari sebuah lagu tanpa nama penyanyi dan tajuk lagu, ibarat mencari kilauan intan di dalam timbunan kaca. Akan tetapi, penulis berjaya juga mencari lagu yang sering kali diputarkan di Radio Sabah ini.
Jan 31, 2012
Bo Bedroom Sanctuary - Lagu
Lagu ini agak kerap berkumandang di stesen Radio Era. Sekali dengar suka, dua kali dengar rasa gembira, berkali² dengar terus jatuh cinta. Lagu yang ringkas dengan lirik yang puitis. Sejujurnya penulis tidak begitu mengenali artis bergelar Bo Amir Iqram ini. Cuma minat pada irama lagu ini yang santai tanpa menyakitkan telinga. Maklumlah penulis mempunyai hati jiwang berlumut.
Dec 1, 2011
Selamanya - Ultras Malaya

Pertama kali mendengar lagu ini di Radio Era dan penulis beranggapan lagu ini adalah lagu dari negara berkulit hitam kerana pendengaran penulis menangkap bunyi ♫♫ Hey le le le le le le oohh!! oohh!! Hey le le le le le le aahh!! aahh!! ♫♫ beberapa kali lalu penulis menukar stesen radio lain. Beberapa hari kemudian barulah penulis maklum bahawa lagu ini adalah dari Malaysia dan bukannya Afrika. Hahaha!
Nov 27, 2011
Law Kana Bainana Al Habib | لو كان بيننا الحبيب
ABDULRAHMAN MOHAMMEDKenalkah anda pada jejaka di atas?? Jika kalian biasa menonton rancangan Law Kana Bainana Al Habib [If The Beloved Were Among Us] di TV AlHijrah, anda pasti mengenali lagu temanya. Ya, jejaka inilah pelantun suara bagi lagu latar rancangan tersebut. Pertama kali mendengar alunan lagu ini, penulis sudah jatuh hati.
Sep 24, 2011
Cinta Terakhir
Artis : Aiman
Lagu : Cinta Terakhir
Kau cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....
Lagu & Lirik : Hafiz Hamidun
Apr 23, 2011
Aug 10, 2007
Asal Usul Lagu Negaraku
Lagu Trang Bulan
Lagu Negaraku
Sila dengar kedua² lagu tersebut dan cari persamaannya.
Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lirik Negaraku
Versi Rumi
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Versi Jawi
نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا
Berikut ialah lirik lagu Trang Bulan.
Lirik Trang Bulan
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Adakah benar lagu kebangsaan negara kita disadur dari lagu Mamula Moon (Trang Bulan)?? Kenapa tidak dicipta sahaja sebuah lagu yang boleh memartabatkan negara kita?? Penulis musykil tentang hal yang satu ini. Penulis banyak sangat berfikir agaknya.
Sumber Rujukan :
Lagu Trang Bulan
Original Mp3 Trang Bulan
Date :
Friday, August 10, 2007
3
Comment
Jul 1, 2007
Berita Kepada Kawan
Penulis diperkenalkan kepada lagu Ebiet G Ade ini oleh adik. Walaupun lagu ini digarap hasil puisi tetapi muziknya yang mendamaikan jiwa menggamit penulis untuk menggemarinya. Sekarang lagu ini dinyanyikan semula oleh Ustaz Rock Akhil Hayy dengan caranya yang tersendiri. Dengarkan.
Berita Kepada Kawan by Akhil Hayy
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Ho ho ho ... du du du ....
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Ho ho ho ...
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Itu tanda Tuhan Murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
Ho ho ho ... ho ho ho ...
"Itu tanda Tuhan murka..." diubah dari lirik asalnya iaitu "Mungkin Tuhan mulai bosan.."
:: Download - Berita Kepada Kawan by Akhil Hayy ::
Date :
Sunday, July 01, 2007
0
Comment
May 26, 2007
Andai Ku Tahu
Sejak penulis meletakkan lagu ini di blog, ramai pula orang bertanya kepada penulis tentang tajuk lagu dan kumpulan yang menyanyikannya. Penulis pun tahu tentang lagu ini dari blog Kamil. Melodinya bagus manakala liriknya pula bisa menginsafkan penulis. Hati penulis tersentuh sungguh dengan puitisnya lirik lagu ini, akhirnya gugur jua airmata penulis. Ampuni aku ya Allah.
Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku...
Andai ku tahu...
Kapan tiba masaku...
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Andai ku tahu...
Malaikatmu kan menjemputku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas disurga...
Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
Terima kasih Kamil.
Date :
Saturday, May 26, 2007
0
Comment



