Jun 15, 2013

Petani Dihukum Kerana Alien


Beijing: Seorang lelaki China yang mendakwa mempunyai makhluk asing dalam peti sejuknya dipenjarakan kerana menipu. Li Kai berkata, dia menemui makhluk angkasa yang terkena kejutan elektrik dan menyimpannya dalam peti sejuk bagi mengawetnya.

Dakwaan itu mencetuskan kegemparan di Internet apabila dia memuat naik foto makhluk asing itu di laman sosial.

Tetapi, penipuannya itu menyebabkan dia dipenjarakan selepas polis menahannya kerana ‘mengggangu norma sosial.’

Li sebelum ini mendakwa ternampak lima makhluk asing termasuk satu yang terkena renjatan elektrik dan ditangkap menggunakan perangkap arnab selepas mengekori mereka di sepanjang Sungai Kuning.

Li berkata, dia mengutip mayat makhluk asing itu dan membawanya pulang dan menyimpannya di peti sejuk bekunya.

Tetapi, selepas disoal siasat polis, Li berkata, dia mendapat ilham untuk mereka cerita itu daripada filem Paul oleh Simon Pegg.

“Saya menonton filem Paul. Saya sukakan makhluk asing bernama Paul dalam filem itu, jadi saya mereka cerita sendiri berdasarkan watak itu,” katanya.

Li dipenjara selama lima hari kerana mereka pembohongan dan menimbulkan kekacauan, kata polis.

©Eriyza : Suka tengok Alien Jadoo.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.