Aug 31, 2013

Tema Hari Kemerdekaan 56 Malaysia


Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

“Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan,” katanya.

Kata kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan ke-56



Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: YB Dato' Seri Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria

Lirik Lagu Merdeka ke-56 - Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku

Mara
Kita halilintar tiada gentar
Puncak dunia Malaysia
Sudah bergema

Kita halilintar tiada gentar
Bendera kita terus berkibar
Wira menggempur musuh

Biarpun lumpuh marak api putra putri
Kita terus tempur bawa semangat

Negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku ...Tanah tumpah darahku

Mara Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar

Wira... menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat

Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara... bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku (6X)


Al-Fatihah kepada semua perwira-perwira tanahair yang telah gugur ketika mempertahankan tanahair. Semoga roh kaliah dicucuri rahmat.

©Eriyza : Suara Ahmad Zakaria seiras penyanyi Roy.

Via : Utusan



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.