Sep 1, 2013

Panah Ganja Ke Penjara


Washington: Seorang lelaki membalut ganja pada anak panah dan melepaskannya dari busur ke arah tingkat dua bangunan penjara untuk membekalkan dadah itu kepada banduan, lapor media semalam.

David Wayne Jordan bagaimanapun tertangkap tetapi dia mempunyai alasan apabila disoal siasat.

Pegawai polis Bellingham, Bill Elfo berkata, Jordan, 36, mendakwa kononnya dia menyasarkan panah itu ke arah tupai.

“Bagaimanapun Jordan tidak mempunyai hujah mengapa aktiviti memburu tupai memerlukan dia membalut anak panah dengan ganja,” katanya.

Elfo berkata, Jordan cuba menghantar dadah itu kepada banduan yang ada di kawasan rekreasi terbuka di tingkat dua penjara pada pagi kelmarin.

Jika disasarkan dengan tepat, anak panah itu mungkin boleh memasuki ruang rekreasi berkenaan.

“Tetapi anak panah Jordan tersangkut di atap bangunan,” katanya. Maklumat daripada orang awam membolehkan pihak berkuasa menahan Jordan sejurus selepas dia bergegas meninggalkan kawasan itu.

©Eriyza : Lebih baik panah aiskrim, boleh juga dimakan.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.