Sep 4, 2013

Harga Ron97 Naik 15 Sen


Isnin lalu, harga petrol RON 95 dan diesel dinaikkan 20 sen, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.



Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara 'apungan terurus' yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin mengesahkan kenaikan harga bahan api itu ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

©Eriyza : Jarang isi minyak RON97 untuk Pagoni Zonda penulis.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.