Sep 5, 2013

Paha Terbelah Kena Terjah


Perlawanan bolasepak persahabatan antara Alvechurch Youth dan Coldland Colts dicemari tragedi buruk sehingga pihak polis terpaksa masuk campur. Penjaga gol Coldland Colts, Kavan Ryan, 13, tidak sedarkan diri selepas diterjah keras dengan but bilah oleh pihak lawan.


Terjahan but bilah itu menyebabkan paha Kavan terbelah sehingga terkoyak 10 inci. Jika luka berkenaan mengenai arteri utama, maka nyawa Kavan boleh terancam akibat kehilangan banyak darah.


Kavan dikejarkan ke Hospital Alexandra Redditch, Worcestershire dan menerima 10 jahitan. Dia dipantau rapi selama 24 jam oleh pasukan perubatan hospital berkenaan. Pemain lawan pula dibuang padang dan digantung satu perlawanan.

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian yang berlaku pada 14 Ogos 2013 itu.

©Eriyza : Pemain professional pun tidak cedera seteruk ini ketika beraksi di padang.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.