Oct 19, 2013

Besi Tertusuk Di Tengkuk


SICHUAN – Ngeri dan menakutkan, Sesiapa juga yang melihat Long Chao pasti tidak menyangka yang dia masih hidup meskipun lehernya tercucuk dengan tujuh batang besi.


Kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja membina bangunan.

Chao, 40, mengalami kemalangan berkenaan akibat mesin yang digunakan gagal berfungsi dengan baik, lalu tujuh batang besi itu tertembak ke arahnya.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Doktor terpaksa mengambil masa selama enam jam untuk mengeluarkan besi-besi berkenaan.

Besi tersebut dipotong terlebih dahulu bagi membolehkan doktor membedah lehernya dengan lebih mudah.

Menurut Dr. Wang Qing, mangsa bernasib baik kerana masih hidup biarpun batang besi itu hampir mengenai arteri.

Tidak diketahui sama ada Chao mengalami lumpuh akibat insiden menakutkan itu.

©Eriyza : Sungguh menakutkan.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.