Oct 18, 2013

Lembu Korban Bangun Melawan


AIDILADHA lalu, macam-macam pula kejadian melibatkan lembu berlaku. Antaranya video orang kena sondol dengan lembu korban dan ada pula, tentang lembu yang sempat melarikan diri daripada disembelih ikut lebuhraya.

Di Keramat AU, turut berlaku satu kejadian yang agak menggemparkan apabila seekor lembu yang sudah disembelih di kawasan masjid tiba-tiba bangkit lalu mengamuk.

Pada mulanya lembu tersebut memang diikat dengan tali tapi memandangkan ia sudah disembelih, ikatan padanya pun dibuka. Siapa sangka lembu tersebut boleh bangun lagi dalam keadaan leher sudah terpotong kan?

Orang ramai terpaksa bertindak mengepung lembu ini bagi mengelakkannya keluar ke jalan utama.

Selepas puas main kejar-kejar, lembu tersebut akhirnya dapat ditangkap menggunakan beberapa utas tali.

Dipercayai, kejadian berlaku kerana urat leher lembu berkenaan tidak putus dengan sempurna ketika disembelih.

©Eriyza : Perlu pastikan sembelihan sempurna, baru buka ikatan tali.

Via : MyNewsHub




0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.