Nov 23, 2013

Hikayat Gagak Yang Cerdik



Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan kisah Sang Gagak yang cerdik waima diajar oleh guru sekolah atau penceritaan ibu bapa. Adakah Sang Gagak benar-benar secerdik itu apabila berdepan dengan bekas berisi air yang sedikit lalu memasukkan seketul demi seketul batu untuk memastikan airnya penuh?? Mungkinkah itu semua sekadar anggapan manusia??




Sebuah ujikaji telah dijalankan untuk membuktikan fakta berkenaan. Seekor gagak telah diletakkan di dalam sebuah sangkar bersama sebuah balang yang berisi separuh air. Sudah tentulah paruh Sang Gagak tidak dapat minum air itu, beberapa biji batu pula telah diletakkan berhampiran balang. Nak tahu apa terjadi?? Seperti kisah tadi, ianya benar menjadi realiti apabila gagak berkenaan memasukkan batu-batu tersebut sehinggalah ia boleh minum air itu.

©Eriyza : Ada sesiapa nak cuba buat ujikaji sang kancil dengan buaya tak??



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.