Nov 27, 2013

Kia Forte Terjunam Ke Sungai Kerteh


KEMAMAN – Pengguna laluan Jambatan Kerteh dan penduduk sekitar gempar apabila sebuah kereta Kia Forte yang dipercayai seorang lelaki terbabas di atas jambatan itu lalu terjunam ke dalam Sungai Kerteh kira-kira jam 5.30 petang, semalam.


Dalam kejadian itu, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum disyaki hilang kawalan selepas melalui lopak air.

Berikutan itu kereta berkenaan melanggar penghadang besi tepi jalan dan batang paip sehingga paip di situ pecah sebelum terjatuh ke dalam sungai.


Ketika kejadian mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Petronas Kerteh menuju ke rumahnya di Bandar Baru Kerteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam berkata, kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dan kereta berkenaan dilakukan dengan dibantu Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.


“Operasi mengeluarkan kereta mangsa dilakukan dengan menggunakan kren yang dibawa ke tempat kejadian,” katanya.

Selepas usaha mencari oleh unit skuba dilakukan, kereta mangsa dijumpai di dasar sungai yang berkedalaman 25 kaki pada jam 7 malam dengan mangsa masih berada dalam kenderaan itu dan keadaannya belum diketahui.


Jarak kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi kereta tersebut terjunam.

Kereta mangsa berjaya dinaikkan kira-kira jam 8.30 malam selepas usaha menaikkan kenderaan itu dilakukan bermula jam 7.30 malam.


Mangsa, Ahmad Haziq Mohd Roodzi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang didapati telah meninggal dunia dan masih berada di tempat duduk pemandu ketika kereta dinaikkan.

Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan laluan berkenaan sesak sejauh kira-kira dua kilometer dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.


©Eriyza : Al-Fatihah! Takziah kepada keluarga arwah. Dinasihatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan perlahan ketika musim hujan.

Via : Sinar Harian | Daily Traffic Report



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.