Nov 28, 2013

Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam


Sabak Bernam: Kira-kira 50 pelanggan yang sibuk berurusan di sebuah bank di sini, semalam, terkejut apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita merempuh pintu kaca hadapan institusi kewangan itu pada jam 11 pagi semalam.


Pelanggan bank Hussin Morsam, 66, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Junainah Abdul Rahman, 61, anak dan cucunya duduk di bangku dalam bank itu sambil menunggu giliran untuk berurusan.

Katanya, mereka dikejutkan dengan dentuman kuat di hadapan bank itu sebelum sebuah kereta Perodua Viva merempuh pintu kaca bank berkenaan.

“Saya terkejut sehingga menggeletar seluruh badan kerana pada mulanya menyangkakan berlaku rompakan. Namun, sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga kenalan saya merempuh pintu kaca bank itu,” katanya.


Hussin bersyukur tiada pelanggan atau kakitangan bank tercedera dalam kejadian itu dan kejadian menyebabkan operasi bank tergendala buat seketika dan ia diteruskan tidak lama kemudian selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Pemandu kereta, Azizah Hasbullah, 60, berkata, sebelum kejadian dia sedang mengundurkan kenderaan itu tanpa menyedari gear kereta berada dalam kedudukan ‘D’.

Katanya, apabila cuba menekan brek, dia sekali lagi tersilap dan menekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandu bergerak ke depan dan merempuh pintu kaca bank itu.

“Saya memandu kereta lebih 20 tahun, namun kebiasaannya saya memandu kereta manual.

©Eriyza : Malang tidak berbau.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.