London: Lebih 75 orang cedera termasuk tujuh parah selepas siling sebuah panggung teater di bandar raya ini yang sesak dengan penonton runtuh semalam.
Pihak berkuasa berkata, kejadian di Teater Apollo itu berlaku kira-kira jam 8.15 malam ketika persembahan “The Curious Incident Of The Dog In The Night-Time” berlangsung menjelang kemuncak musim percutian Krismas.
Lapisan plaster dan serpihan batu dari siling yang runtuh menyebabkan sebahagian tirai di pentas teater menghempap penonton.
Lebih 700 orang berada di dalam panggung itu ketika kejadian, menurut Briged Bomba London. Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mangsa cedera di bahagian atas tubuh. Polis dan pihak berkuasa bomba berkata, terlalu awal untuk menyatakan punca yang menyebabkan siling itu runtuh tetapi siasatan masih dijalankan.
Penonton Dee Stepehenson berkata, dia duduk berhampiran pentas dan tiba-tiba mendengar pelakon utamanya menjerit “jaga-jaga!” “Kemudian saya rasa ada serpihan jatuh menghempap belakang tubuh saya,” katanya.
©Eriyza : Tak pernah tengok teater secara langsung.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.