Dec 3, 2007

Status Di Yahoo Messenger II


Penulis pernah menulis tentang Status Di Yahoo Messenger pada topik yang terdahulu. Sewaktu penulis sedang mencari bahan untuk dimuatkan di dalam blog ini, secara tidak sengaja penulis telah menemui satu lagi laman web seumpamanya yang boleh mengesan status di Yahoo Messenger. Kini, anda mempunyai dua pilihan untuk mengesan rakan² anda yang sedang menyorok di Yahoo Messenger. takbole


Laman web ini berbeza sedikit dengan laman web yang satu lagi. Ianya memaparkan avatar yang anda gunapakai di Yahoo Messenger anda. Jom kita mencari rakan² yang sedang bersembunyi dengan menggunakan Xeeber. gelakguling

Dec 2, 2007

Penghias Kulit Majalah


Pernahkah anda berangan untuk menjadi jejaka atau pun gadis penghias kulit majalah popular? Bayangkan wajah anda yang tersiar di majalah itu disertai pula dengan bahan berita yang menarik dan panas. Majalah itu dibaca pula oleh jutaan penduduk dunia, mashyurlah nama anda di alam maya ini. rindu


Untuk merealisasikan impian anda, penulis sarankan anda menjadikan laman web Mag My Pic sebagai wadah permulaan. Anda boleh menjadi jejaka / gadis di dalam dua belas buah majalah yang popular. Selamat menjadi terkenal. gelakguling

Dec 1, 2007

Komputer Pertama Buatan Malaysia


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan sebuah produk terbaru keluaran Mimos Berhad iaitu komputer pertama buatan Malaysia pada 30 Nov 2007. Ini adalah julung² kali produk seumpama ini dikeluarkan oleh negara kita. Komputer ini dinamakan Makcik PC. Ramai berpendapat nama yang dipilih agak lucu dan bersifat kekampungan tetapi penulis percaya ada motif lain di sebalik nama tersebut. Mungkin jua pemilihan nama tersebut dibuat untuk kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung. siul


Spesifikasi Makcik PC :-
  • Harga diantara RM 500 - RM 1000
  • Flash memory
  • VoIP Phone
  • Berat kurang 800 gram
  • Tiada papan kunci dan tetikus
  • Skrin sesentuh
  • Skrin lebar 16 inci
  • Dilengkapi dengan Wi-Fi, Bluetooth dan WiMAX

Selain daripada ciri² yang dinyatakan di atas, ia dinobatkan sebagai komputer paling nipis di dunia. Sasaran utama Makcik PC ialah penduduk luar bandar. Setiap rumah disarankan mempunyai sebuah komputer. Justeru, ia ditawarkan dengan harga rendah. Namun, mampukah ia menandingi komputer yang biasa kita gunakan?? Walau apa pun, teknologi informasi bukan sesuatu yang mudah untuk diterokai. Syabas dan tahniah buat tenaga kerja Makcik PC. tepuktangan

Note : Ada sesiapa mahu menghadiahkan Makcik PC untuk penulis?? cium