
Ada pelajar mahu penulis menyenaraikan beberapa penanda wacana untuk dijadikan bahan rujukan ketika menulis karangan. Maka, penulis dengan ini suka untuk membuat sedikit penerangan tentang penanda wacana. Lazimnya, penanda wacana digunakan di dalam karangan untuk memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan dan gramatis.
Para pelajar digalakkan untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza di dalam penyampaian karangan. Hal ini dapat menarik minat guru untuk terus membaca karangan tersebut, berkemungkinan guru tadi akan memberikan markah lebih kerana susunan ayat yang kreatif lagi kritis.
Berikut penulis senaraikan contoh² penanda wacana mengikut kategori tertentu.
Tambahan
- dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitik-tolak, lebih-lebih lagi, hal ini, selain juga
- pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya, lebih awal dari itu, lebih penting lagi
- iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan, sekali lagi ditegaskan
- contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan
- rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
- berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
- apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, pada masa yang sama, pada ketika itu, pada mulanya, serentak dengan, ada ketikanya, semenjak itu
- oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi, dengan itu, sehubungan dengan
- seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
- tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan, berbeza dengan
- sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya, sejajar dengan itu




