Nov 30, 2008

Teks Flip


Tahun lepas, penulis pernah menulis tentang tulisan terbalik atau lebih dikenali sebagai teks flip. Kali ini penulis juga membuat topik yang sama tetapi laman web yang diperkenalkan ini lebih menarik berbanding yang terdahulu. Rasanya penulis tidak perlu mengulas panjang tentang topik ini. jelir


Jom buat teks terbalik di Flip Title. pokpok

Nov 29, 2008

Prebiu Lagu


Penulis cukup suka mendengar lagu. Lazimnya sebelum penulis memuatturun lagu² yang penulis suka, penulis akan mendengar dahulu prebiunya. Jika lagu itu sesuai dengan halwa telinga penulis, maka penulis akan mencarinya kemudian dan jika penulis rasakan lagu itu tidak bagus, maka pencarian penulis akan berhenti di situ. setan


Laman web yang bakal penulis perkenalkan ini adalah khusus untuk anda mencari lagu² untuk didengari sahaja. Anda tidak boleh memuatturun atau memasukkannya ke dalam blog. Seperti biasa, lagu Inggeris menjadi keutamaan carian. Anda boleh mencubanya di Songerize. diam

Nov 26, 2008

Paparan Komen Di Bawah Topik


Sebelum penulis bertolak ke Shah Alam baru² ini, penulis telah ditanya oleh seorang bloggers iaitu Cendawan Kukor tentang cara² untuk meletakkan komen di bawah topik yang dipaparkan. Ini bererti kotak komen tersebut tidak perlu dibuka di tetingkap yang berasingan. peace


Berikut ialah cara²nya :-
  • Login ke Draft Blogger.
  • Plih Settings - Comments.
  • Tandakan kotak Embedded below post di ruangan Comment Form Placement.
  • Save changes.
Jika cara di atas tidak berjaya anda lakukan, berkemungkinan template anda mempunyai masalah. Anda boleh mencuba cara kedua ini pula.
  • Cari kod di bawah ini.
<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </p>
  • Gantikan kod tadi dengan kod ini pula.
<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='comment-form'/> <b:else/> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </b:if> </p>
  • Save changes.
Selamat mencuba. Semoga berhasil. kenyit

Sumber : Blogmenjerit