Mar 12, 2009

Masukkan Foto Dalam Email Tanpa Attachment


Ramai orang memilih untuk menggunakan fungsi Attachment sewaktu menghantar gambar di dalam email. Jika gambar itu berada di dalam komputer anda, tentu sahaja ia lebih efektif untuk berbuat demikian tetapi jika gambar tersebut sudah tersedia di dalam blog atau web, anda sebenarnya boleh memilih cara yang lebih mudah untuk menghantar gambar di dalam email.


Kali ini penulis akan berkongsi dengan anda cara yang lebih pantas untuk memasukkan gambar ke dalam email. Lagi pun penulis kurang suka dengan proses Attachment yang berlaku. Penulis telah berjaya mengujinya ke atas email Yahoo dan Google.

Cara²nya adalah seperti berikut :-


1. Anda perlu dapatkan gambar yang telah disimpan di blog atau web. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih View Image.


2. Selepas itu hanya paparan gambar tersebut akan ditunjukkan. Sekarang anda perlu highligtkan atau tekan Ctrl + A. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Copy Image atau Ctrl + C.


3. Pergi ke email anda, pilih Compose. Klik kanan dan pilih Paste atau Ctrl + V. Nah, sekarang gambar anda sudah terpampang dan sedia untuk dihantar. Akhir sekali, klik butang Send.

Anda sudah belajar cara baru untuk memasukkan gambar ke dalam email. Penulis berharap anda boleh mempraktikkannya. Jangan lupa komen ya.

Via | Kredit : Realtrix

14 Comment

Anonymous

haha... tak penah lak terpikir walaupun tahu. bila nk hantar gambar je otak dh set guna fungsi attachment. peringatan ilmu yg bagus. thanks kak ;)

Eriyza Thu Mar 12, 11:34:00 PM

Zariel : Cheq pun sama gak. Laa nih dah dpt ilmu baru, cuba wat jer. :)

Anonymous

lagik senang. thnks 4 da info ya

Eriyza Fri Mar 13, 09:38:00 AM

Yot : Sama². :)

+plain-jane Fri Mar 20, 11:39:00 AM

dah cuba tapi tak dapat :(

Eriyza Fri Mar 20, 11:58:00 AM

Me : Dah ikut seme step?? Pastikan tiada step yg tetingaal terutamanya step no. 2. :)

+plain-jane Fri Mar 20, 02:25:00 PM

sudah tp masih kurang berjaya

Eriyza Fri Mar 20, 02:36:00 PM

Me : Letak kat sini alamat gambar tesebut. Kamu guna email mana??

+plain-jane Wed Mar 25, 02:14:00 PM

ok. sudah cuba semula.

rupanya tak boleh copy guna keyboard. kene guna function right click & copy image :)

thanks eriyza

Eriyza Wed Mar 25, 03:30:00 PM

Me : Okey. ;)

Osman Bin Ahmad Fri Jan 01, 07:06:00 PM

Salam..ilmu yg baru dapat ni memang berguna...Thanks

Eriyza Sat Jan 02, 12:01:00 AM

Osman Bin Ahmad : Wsalam. Sesama.

Wak Dayak.

info yang berguna. thanx...

Eriyza Thu Mar 24, 12:15:00 PM

@Wak Dayak.
Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.