Berapa ramai daripada kita yang menggunakan
AutoCorrect sewaktu menaip di
Microsoft Word?? Mungkin anda adalah antara penggunanya dan mungkin juga tidak menghiraukan langsung fungsinya. Apa kata anda mencuba keseronokan menggunakan perkhidmatan
AutoCorect. Di samping itu, ia juga menjimatkan masa jika anda perlu mengulang perkataan yang sama banyak kali.
1. Buka Microsoft Word 2003 anda.
2. Klik pada Tools - AutoCorrect options.
3. Di tab AutoCorrect, masukkan perkataan ringkasan pada Replace dan masukkan perkataan penuh pada With.
Contoh :-
Penulis menggunakan blog1 (Replace) untuk http://eriyza.via.my (With) manakala blog2 (Replace) untuk http://eriyza.aeropama.com (With). Justeru, penulis cuma perlu menaip blog1 atau blog2 sahaja bagi menggantikan alamat penuh blog² penulis.
4. Klik Add dan seterusnya OK.
Anda boleh mula menaip seperti biasa dan gunakan perkataan ringkasan tadi untuk menggantikan perkataan penuh. Cara ini amat berbaloi untuk perkataan yang panjang misalnya nama jabatan seperti Polis Diraja Malaysia sebagai PDRM.
Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan perkataan ringkasan itu lagi, anda cuma perlu highlightkan perkataan tadi dan Delete sahaja di menu Tools - AutoCorrect options.
AutoCorrect juga boleh digunakan untuk membetulkan perkataan yang tersalah dieja. Misalnya eriza kepada eriyza.
Selamat mencuba. Semoga sukses.