Dec 16, 2009

Masukkan Foto Dalam Gmail


Kalau anda pembaca tegar blog ini, tentu anda masih ingat penulis pernah memberitahu cara untuk masukkan foto dalam email tanpa attachment. Hari ini penulis juga mahu berkongsi topik yang lebih kurang serupa tetapi tanpa teknik salin (copy) dan tampal (paste) sebaliknya menggunakan menu di dalam email itu sendiri.


Cara ini membolehkan kita meletakkan gambar di mana² sahaja yang kita suka sama ada di atas, di tengah atau di bawah ayat yang kita tulis.

1. Login ke Gmail anda.

2. Pilih Settings - Labs.

3. Cari Inserting images dan tandakan kotak Enable. Save changes.

4. Seterusnya klik Compose Mail. Anda akan melihat menu image telah tersedia di antara tab yang ada.



5. Klik pada menu image tersebut dan anda diberi dua pilihan sama ada untuk memuatnaik gambar dari My Computer atau Web address (URL).

6. Tulis email anda macam biasa dan tekan butang Send selepas siap.

Bolehlah anda mencuba teknik ini pula untuk menghantar gambar dari email. Selamat mencuba. Ilmu jangan hanya dibaca tanpa dipraktikkan.

Via : Gmailblog

2 Comment

Syamilia Thu Dec 17, 08:27:00 AM

good...baru sy tahu buat ni...thanks

Eriyza Thu Dec 17, 10:05:00 AM

Syamilia : Okey. Sesama.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.