Feb 1, 2012

Ana Raffali Bakal Kahwini Ahmad Aznaim


Gadis yang baru usai bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 26, Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, telah mengesahkan akan bertunang dan bernikah dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari ini. Majlis dua dalam satu itu akan diadakan secara sederhana diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.


Ana dan Aznaim yang lebih mesra dipanggil Naim mula berkawan sejak 2005 sebelum menjadi kekasih pada 08.10.08. Tambah Ana lagi, dia akan terus bergiat aktif dalam karier seninya meskipun sudah bergelar isteri nanti.


"Dia seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Sedikit demi sedikit perasaan sayang mula wujud dan kami bercinta secara rasminya pada 8 Oktober 2008.

"Bagaimanapun, kami tidak pernah menganggap yang kami adalah pasangan bercinta sebaliknya lebih senang dengan gelaran kawan karib.

"Malah ketika saya dilamar, Naim terus berkata “jom kahwin” dan keluarganya terus merisik saya pada awal Disember tahun lalu. Dia langsung tak romantik," seloroh Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Petikan kata² Ana Raffali

Sementara itu Naim yang bekerja sebagai pengurus kerjaya seni Ana berkata, dia gembira kerana akhirnya hubungan teman rapat itu menjadi satu ikatan suami isteri yang sah dan ia lebih memudahkan mereka untuk bergerak ke mana-mana tanpa ada batasan.

"Ini merupakan satu perkongsian hidup antara dua sahabat. Kalau nak tahu, kami mempunyai banyak persamaan daripada segi pemikiran. Sebagai contoh, kami sering berkata serentak apabila ingin memberi pendapat mengenai sesebuah hal.

"Selain itu, saya dan Ana juga suka makan. Selain itu kami juga berkongsi minat tentang apa-apa saja berkaitan dengan seni," ujarnya.

Petikan kata² Ahmad Aznaim


Majlis bertunang dijadualkan bermula pada pukul 10.30 pagi dan akad nikah akan dilangsungkan oleh bapanya sendiri, Mohd Raffali. Pada hari bersejarah itu nanti, Ana akan menerima tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas sembilan. Hanya mas kahwin yang akan diterimanya tanpa wang hantaran.

Di dalam sidang akhbar yang diadakan di PNB Darby Park, Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Sampai Bila yang mengisahkan tentang detik-detik berputiknya kisah cintanya bersama Naim.

©Azurie : Ramai betul orang berebut untuk naik pelamin pada bulan Rabiul Awal. Nampaknya para artis pun memilih bulan ini untuk menamatkan zaman bujang masing².

Via : mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.