Feb 4, 2012

Suami Lenyek Myvi Isteri Dengan Lori


Kawasan kejiranan Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh gempar apabila seorang lelaki bagaikan hilang akal kerana merempuh kereta Myvi isterinya dengan lori seberat dua tan. Lelaki itu melakukan perlanggaran sebanyak 40 kali dengan sengaja akibat gagal mengawal nafsu amarahnya yang mengesyaki si isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Sejurus sebelum insiden itu berlaku, jiran mendakwa berlaku perbalahan antara pasangan suami isteri tersebut.


Si suami, pemandu lori berumur di dalam linkungan 40an yang berang dengan 'kecurangan' isterinya telah bertindak melenyek kereta Myvi SE hitam isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk teruk. Jika dilihat sepintas lalu, pasti ada yang menyangka Myvi itu terlibat di dalam nahas jalanraya yang dahsyat.


Mujurlah isterinya, 30an, yang mengusahakan kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya, ada di dalam rumah ketika suaminya melakukan perbuatan di luar batasan itu. Kejadian itu turut menyebabkan pintu pagar dua jirannya rosak dan sebatang paip air pecah.

Penulis terkesima dengan berita sebegini. Nilai moral manusia hilang dalam sekelip mata akibat kegagalan mengawal emosi.

©Azurie : Lebih suka diam ketika marah kerana kata² yang terpacul dari bibir ketika beremosi pasti akan menyebabkan hati insan lain terluka.

Via : Kosmo

2 Comment

ceksumolek's Sat Feb 04, 08:14:00 PM

marah tahap maksima dah ni.. dasyat betul.. huhuu

Eriyza Sun Feb 05, 11:35:00 AM

@Aisumi Chan Kawa'i:
Aha, manusia bertindak tidak waras ketika marah.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.