May 27, 2012

Emak Gigit Anak


Seorang budak perempuan berusia 2 tahun cedera di beberapa bahagian badan dek kerana menjadi mangsa kekejaman ibu sendiri. Jika sebelum ini kita didedahkan dengan kes emak memukul anak bertubi-tubi dengan bantal, pelaku kali ini pula menggigit seluruh tubuh dan kaki anaknya sehingga menimbulkan kesan lebam dan parut yang ketara.

Perbuatan tidak berhati perut ibu berusia 25 tahun yang berasal dari Vietnam itu terbongkar apabila suaminya merujuk anak mereka ke klinik pada Ahad lalu berikutan khuatir dengan keadaan rambut anaknya yang gugur tanpa sebab.

Lelaki yang berumur 49 tahun itu bekerja sebagai pekebun sayur tinggal di Chui Chak, Langkap, Teluk Intan. Dia tidak menduga anaknya didera dengan teruk oleh isterinya. Bukan sekadar digigit, anak tersebut turut ditumbuk dan dicucuh dengan objek panas. Untuk menutup kecederaan pada badan anaknya, wanita tersebut sering memakaikan pakaian labuh kepada anaknya. Akibat selalu didera, kanak-kanak itu fobia kepada orang asing dan tidak mahu didekati.

©Eriyza : Mengutuk sekeras-kerasnya penderaan ke atas kanak-kanak.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.