May 6, 2013

Sumpah Taat Setia Perdana Menteri Malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara, jam 4.08 petang tadi. Istiadat mengangkat sumpah itu disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM sehari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).


Najib yang juga Pengerusi BN mengetuai PRU-13 dengan memperoleh kemenangan 133 kerusi Parlimen.

Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada istiadat itu, Najib menyembah warkah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap senarai Jemaah Menteri dan Timbalan.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.







©Eriyza :

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.