Sep 8, 2008
Puding Gula Hangus
Hari ini penulis terasa hendak membuat kuih. Jadi, dengan rajinnya penulis telah membuat Puding Gula Hangus atau dikenali juga sebagai Puding Caramel. Penulis menggunakan resipi paling mudah yang penulis perolehi dari laman web Myresipi. Justeru, penulis ingin berkongsi pula resipi yang telah penulis bikin petang tadi.
Bahan²
2 Sudu gula
4 Biji telur
10 Sudu susu pekat manis
1/2 Cawan air
Cara²
Panaskan 2 sudu gula di dalam loyang sehingga berwarna perang.
Pastikan gula itu memenuhi ruang loyang. Biarkan sejuk seketika.
Pukul telur bersama susu pekat manis dan air.
Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi gula perang tadi.
Kukus selama 30 hingga 45 minit.
Mudah saja resipi ini. Penulis anggarkan resipi ini untuk tiga orang makan. Jika anda punya ahli keluarga yang besar, maka bolehlah ditambah bahan² resipi mengikut kesesuaian.
Kredit Untuk Gambar : AkuHJ
Update pada 20 September 2008.
Date :
Monday, September 08, 2008
Tags :
Daily Notes
Recipe
13 Comment
suko pudiinngg! bleh laa post kat ien nanti yee uhuhu!
yg ni confirm penah makan.. best n sodap nyer!!
hehehe, ms gi bazaar ramadhan semalam, hubby tanya bila nak buat puding gula hangus sbb nampak ada org jual, then sy ckp nnt nak cek resepi dulu :p skali buat skali tgk resepi..sabar je la kan..huhuhu~
http://akuhj.blogspot.com/
mmm macam sedap jer.. ble cuba ni...
Adry @ http://www.adrysabry.com/
Ien, mai laa ke sini. Saya sajikan khas tuk awak. :)
Mohd Kamal, saya setuju dgn awak. ;))
Jue Hairul, mekaseh erkkk sbb bg pinjam gambo. Saya wat resipi yg paling ringkas jer. :D
Adry, cuba jangan tak cuba. ;)
kuih perberet nieh eriy!
ko taknak dtg sini ke hantar kuih kat aku...??hehehe...
Sha, rasanya dah betahun daku tunggu nak dating ngan hang. Hang mai sini, daku sajikan kuih nih. Hehehe!!! :)
tengok macam sedap jerk... terliur la...
AliyaAnnuar, rasa kueh nih biasa² ajer. :)
nak kukus tu pakai apa eriza, skang banyak cara nak mengukus ni, ujung minggu nak buat la
Puteraf, sy guna pengukus stail lama tuh jer.
Selamat mencuba naa. :)
Suka jugak ngan puding caramel... Mmg tak susah nak buat tapi selalu malas nak buat... Tahu, nak makan je....
Hehehe...
Selamat menjalani ibadah puasa....
Reez, betul tuh. Kekadang sy malas gak nak wat walopun resipinya simple tp bulan posa nih sengaja merajinkan diri seniri. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.