Adakah anda seorang yang gemar mengasingkan fail² yang berada di dalam My Documents komputer anda?? Misalnya gambar untuk blog anda letakkan di Folder Photo, dokumen pejabat pula di dalam Folder Office dan sebaliknya. Kadangkala apabila anda memuatturun sebarang fail dari internet, ianya akan disimpan di dalam My Documents. Justeru, anda perlu copy dan paste pula ke folder yang khusus.
Apa kata kalau kita gunakan pendekatan yang lebih mudah untuk mengalih sebarang fail ke folder yang telah dikhaskan?? Penulis mahu mengajar anda cara untuk menambah folder baru di dalam arahan klik kanan Send To. Ianya lebih memudahkan untuk anda mengalih fail tanpa perlu membuka dua folder yang berlainan.
Berikut ialah cara²nya :-
- Buka My Computer - Local Disk (C) - Documents and Settings - Username ( Contoh folder penulis ialah :- C:\Documents and Settings\Eriyza Qistina )
- Cari folder Send To.
- Klik pada folder tersebut.
- Klik kanan dan create New - Folder dan tulis nama yang bersesuaian.
- Siap.
7 Comment
xde pong folder Send To?
kat mane yer..
Aik, awat plak kat pc Ien takde menu Send To?? Cuba lihat dalam folder C:\Documents and Settings\Username. :)
bagus eriyza...boleh diajar pade org2 dlm umah ku tuh:D
Dah bukak
yg ada pun Desktop, Favorites, My Documents dengan Start Menu. Folder Send To xdok..
Cheryna, selamat memperturunkan ilmu. :)
Ien, rasanya fail awak tuh tersembunyi. Cuba carik guna cara nih :-
C:\Documents and Settings\Username.
Dalam folder username tuh klik kat Tools.
Pastuh pilih tab View.
Dalam tuh carik Hidden Files and Folders.
Tanda pada Show Hidden Files and Folders.
Siap. Selamat mencuba. ;)
toce2 :D
Matkapak : Sesama. :D
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.