Sep 14, 2008

Tambah Folder Pada Menu Send To


Adakah anda seorang yang gemar mengasingkan fail² yang berada di dalam My Documents komputer anda?? Misalnya gambar untuk blog anda letakkan di Folder Photo, dokumen pejabat pula di dalam Folder Office dan sebaliknya. Kadangkala apabila anda memuatturun sebarang fail dari internet, ianya akan disimpan di dalam My Documents. Justeru, anda perlu copy dan paste pula ke folder yang khusus.


Apa kata kalau kita gunakan pendekatan yang lebih mudah untuk mengalih sebarang fail ke folder yang telah dikhaskan?? Penulis mahu mengajar anda cara untuk menambah folder baru di dalam arahan klik kanan Send To. Ianya lebih memudahkan untuk anda mengalih fail tanpa perlu membuka dua folder yang berlainan.

Berikut ialah cara²nya :-
  • Buka My Computer - Local Disk (C) - Documents and Settings - Username ( Contoh folder penulis ialah :- C:\Documents and Settings\Eriyza Qistina )
  • Cari folder Send To.
  • Klik pada folder tersebut.
  • Klik kanan dan create New - Folder dan tulis nama yang bersesuaian.
  • Siap.
Kini, menu Send To anda telah dilengkapi dengan satu lagi folder baru. Anda cuma perlu klik kanan pada mana² fail yang anda ingin pindahkan dan guna saja menu Send To. Selamat mencuba. Semoga berhasil.

7 Comment

iEn Mon Sep 15, 12:38:00 PM

xde pong folder Send To?

kat mane yer..

Eriyza Mon Sep 15, 12:53:00 PM

Aik, awat plak kat pc Ien takde menu Send To?? Cuba lihat dalam folder C:\Documents and Settings\Username. :)

cheryna zamrinor Mon Sep 15, 05:21:00 PM

bagus eriyza...boleh diajar pade org2 dlm umah ku tuh:D

iEn Mon Sep 15, 05:22:00 PM

Dah bukak

yg ada pun Desktop, Favorites, My Documents dengan Start Menu. Folder Send To xdok..

Eriyza Mon Sep 15, 10:14:00 PM

Cheryna, selamat memperturunkan ilmu. :)

Ien, rasanya fail awak tuh tersembunyi. Cuba carik guna cara nih :-

C:\Documents and Settings\Username.

Dalam folder username tuh klik kat Tools.
Pastuh pilih tab View.
Dalam tuh carik Hidden Files and Folders.
Tanda pada Show Hidden Files and Folders.
Siap. Selamat mencuba. ;)

Anonymous

toce2 :D

Eriyza Wed Mar 18, 11:39:00 PM

Matkapak : Sesama. :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.