Oct 17, 2008

Seniman Sepanjang Zaman


Ketika era kegemilangan filem Melayu dipelopori oleh P Ramlee dahulu, penulis masih belum lahir ke dunia. Malah, sesudah beliau kembali ke pangkuan Ilahi, penulis juga belum melihat alam maya ini. Namun begitu, penulis antara penggemar hasil karya beliau. Baik lakonan mahu pun nyanyian, penulis menyukai bakat yang ada pada seniman tersohor ini. Jika hendak dibandingkan filem² beliau dahulu dengan filem² garapan sekarang, jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Disaat filem²/drama² Melayu kini disogokkan dengan impian, seks bebas, kecurangan suami isteri, filem² arahan dan lakonan beliau dahulu penuh dengan pengajaran dan realiti hidup disebalik unsur² lelucon yang diselitkan. ihikhik


Mari kita menyorot kehebatan filem² P Ramlee agar dapat kita kaitkan kelogikan jalan ceritanya dengan suasana sebenar masyarakat umum. Penulis ingin memberi beberapa contoh filem² beliau yang penulis anggap punya mesej yang cukup bagus untuk dijadikan iktibar kepada semua orang.

Filem : Seniman Bujang Lapok
Mesej : Hormati orang lain meskipun berlainan bangsa.
Skrip : “Lu nama je Melayu, bikin adab pun tak tahu, ada ka panggil hoi hoi apa ni batu ke? Kayu ke?” - Sikh
Komen : Sepatutnya kita bercakap dengan nada sopan terhadap orang lain, jangan gunakan tutur kata yang tidak enak didengar.

Filem : Penarek Beca
Mesej : Usah cepat berputus asa.
Skrip : "Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar." - Amran
Komen : Hidup kita penuh pelbagai dugaan, justeru perlu bersikap positif di dalam menangani masalah yang ada.

Filem : Musang Berjanggut
Mesej : Sindiran sinis terhadap wanita.
Skrip : "Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya." - Tun Nila Utama
Komen : Sebagai seorang wanita, seharusnya seseorang itu menjaga akhlaknya dengan baik, bukan menjadikan ia tiket untuk menggoda lelaki.

Filem : Ahmad Albab
Mesej : Rezeki dan ajal ditentukan oleh Tuhan.
Skrip : “Kekayaan, kebahagiaan bukan di tangan bapa, tetapi di tangan Allah.
Komen : Jika dikurniakan harta yang banyak, usah berbangga diri kerana itu semua pemberian Tuhan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Filem : Sumpah Orang Minyak
Mesej : Jangan memandang hina pada orang yang cacat.
Skrip : "Akulah si bongkok yang dikau haramkan untuk memijak kampung Tualang Tiga!!! Tetapi kini, aku dikau sembah-sembah, aku diagung-agungkan sebagai raja!!! Sebab apa? Wajahku tak seburuk dulu, sebab aku cantik berpakaian indah. Jujurkah kamu hidup sebagai manusia? Dikau semuanya pengecut! Dikau hanya berani kepada manusia yang lemah." - Si Bongkok
Komen : Usah sesekali mencaci orang yang kurang sempurna, apatah lagi mencederakannya kerana setiap manusia berhak untuk hidup bahagia.

Begitulah secebis karya P. Ramlee yang dapat penulis ulas. Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari setiap filem beliau. Malah, filem² beliau sinonim untuk sepanjang zaman sebab itulah penggemar filemnya bermula dari nenek moyang kita sehingga anak² kecil masa kini turut menyukainya.

Jelaslah, P. Ramlee telah berjaya mengangkat martabat filem Melayu sehingga beliau sendiri telah dinobatkan sebagai artis serba dan dianugerahkan gelaran Tan Sri Dr. P. Ramlee. Karya beliau mengajak kita semua melihat cermin kehidupan dan menilai diri sendiri. Tidak ramai yang mengkaji isu tersirat dan tersurat yang cuba P.Ramlee garap menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakkan diri sendiri. gelakguling

14 Comment

mkaw77 Sun Oct 19, 09:50:00 PM

dalam bebanyak, suka tgk 'Seniman Bujang Lapok'.. banyak kali tgk pn x jemu

Anonymous

Mohd Kamal, sy plak suka byk filem beliau.

Anonymous

uhuhu suko tgk seniman bujang lapuk.. heeeeyyyy haang jebaaat!! uhuhuhuhu. Xde sape yg bleh gantikan P.Ramlee.. i lebiuu!

Anonymous

Betul tuh Ien. Allayraham takde galang gantinya. :)

Anonymous

P.Ramlee masa mudo2 ensem xgiler ngan misai kemasnye kwang3!

p/s: ang nye blog dari mula lagik dah lambat skit loadingnya.. dpt detect alamat izah.blabla.com natang pe ntah. hehe! kurangkan penggunaan script dalamnya hehe :D

cit.. aku plak yg jadik hakim.. xpatut..xpatut.. uhu

cheryna zamrinor Mon Oct 20, 06:35:00 PM

pok3x bujang lapokk...
ko minat bujang lapok tak eriy?:D

Anonymous

Ien, terima kasih atas informasinya. :)

Cheryna, semestinya daku minat sama Pak Ramlee, Pak Ajis dan Pak Sudin. ;))

Adry Tue Oct 21, 10:33:00 PM

P Ramlee is the best ever... :)


Adry @ http://www.adrysabry.com

Anonymous

Adry, betul tuh. :D

Anonymous

percaya atau tidak, xde satu pun filem P.Ramlee yang aku tgk dari start sampai habis.. mesti tgk tgh2 then ade je keje kene buat.. =)

*paling lama tgk ahmad albab..*

Anonymous

Mohd Ismail, awak kena menonton pilem² beliau bila bebetul ada masa lapang, baru bleh habiskan tontonan. :)

Anonymous

Saya suka kebykan filem P.Ramlee spt 3-3 kisah Bujang Lapok, Kassim Selamat, Anakku Sazali dan byk lagi. Juga suka lagu2 nya.

Anonymous

memang suka ngan kebanyakan filem dia..
sebab tak penah nak jemu tengok citer dia..

Anonymous

Bad, sy pun suka lagu² beliau. :D

Menteil, anda betul. Filem beliau tak penah jemu tuk ditonton. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.